Friday, November 23, 2012

Android : Rom for GALAXY W (GTi8150)

Miliki Samsung Galaxy W, tapi dah bosan dengan rom lama (Gingerbread 2.3)..? Kalau nak tunggu official update pun belum tentu akan ada 4.0.1( ICS Ice Cream Sandwich) apatah lagi 4.1 (Jellybean).
Jadi inilah kelebihan Android..Pengguna / user ada pilihan untuk pakai apa jenis sistem /rom pun yang ada..Tak semestinya itu yang kita beli, itu yang kita dapat..Dalam dunia Android, ada bermacam2 jenis custom rom (sistem Android yang di ubah suai).

Salah satunya rom MIUI..Kumpulan developer dari China telah  membuktikan rom MIUI adalah rom yang sangat bagus sehingga rom ni sekarang dikenali seluruh dunia.Rom ni terkenal sebab customization dia sangat banyak. Dari tukar battery icon statusbar, tukar statusbar, icon, font, dan byk lagi. Kiranya rom ni boleh ditukar keseluruhan sistem! Cuma rekabentuk MIUI diubah sikit daripada original / Android kat phone lain.


Mungkin boleh dikatakan rom ni ringan dan laju.Lebih laju daripada stock rom (rom original Samsung). Tapi performance kat phone Galaxy W tak bole nak di pertikaikan sebab spec hardware yang rendah. Jadi kalo kat phone yang spec tinggi macam Galaxy S3 atau S2, dapat pakai rom ni memang cukup puas!
Ni video pendek MIUI v4 (ICS 4.0.4) running di GALAXY W.




Klik XDA FORUM THREAD untuk progres rom ni


Android : Google Apps Inverted - latest (UPDATED 18 July 2013)

*Have 2 option - per app installation & zip-CWM - link download below

Google Apps (GAPPS) inverted (diubahsuai dengan backgroud hitam) cukup popular dan diminati oleh kebanyakan Android user yang sukakan kelainan lebih2 lagi yang suka customization & theme kat device diorang.

Apps inverted / blackout ni ade kelebihan jugak especially device atau phone yg screen AMOLED. Background hitam boleh menjimatkan batteri sebab screen AMOLED makan banyak batteri untuk display kan warna cerah lebih2 lagi warna putih.

Untuk device yang takde root, tak semua Gapps ni boleh digunakan. Sebab sesetengah Gapps yang memang dah sedia ada macam PlayStore atau Gmail nak kena uninstall dulu.

Untuk device yg dah root ade macam2 cara :-

-> Install root file explorer (favorite aku ES File Explorer) dan kat file explorer ni kena enable kan root access dulu.Kalau tak memang tak boleh usik system apps. (menu>setting> tick semua -root explorer,up to root,mount file,backup system app).
*Bila dah enablekan root ni, macam2 lagi benda penting boleh buat macam uninstall SYSTEM app yang kita tak guna pun. App ni yang buat phone kita slow/berat. Buat semak je!

-> install Root Uninstaller untuk uninstall system apps.

Bila dah buang semua app, pergi kat lokasi Blackout Gapps yang korang download tu (mestila kat folder download). Install lah 1-1 semua Gapps tu..

-> atau flash je zip file (aroma installer) yg disedia kan oleh JUSTUN (TEAM BLACKOUT) Link download thread ada kat bawah



CWM aroma Flashable zip for Android 4.0
My Favorite Inverted Gapps is from Justin (JusTunBean) - JT Inverted Production & TEAM BLACKOUT 
Head over to official thread 

 *Per-app installation  - collected from few XDA thread - compatible/tested on AOSP 4.2!!
Ni list latest inverted / blackout gapps untuk install 1-1.

- Gmail 4.2 - with pinch to zoom
- Gmail blue text 
- Google Search - v2.1.12.5.1.6.912 - *4.2 Google Now with new travel & Gmail cards
- Playstore - v3.10.9
- Google Plus - v3.2.2.38469528
- Youtube - v4.1.23

**UPDATED 07/08/2013 - few gapps is in flashable zip

- Google Search v2.6.7
- Gmail v4.5.2
- Google+ v4.0.2
Google Setting v3.1.59
- Google Keep v1.0.79
- Google Play Store v4.1.10
- Youtube v4.5.17

Android : Apps Terbaek Harini!


Korang msti tau pasal features terbaru yang diperkenalkan kat phone Samsung Galaxy S3.Salah satu ialah SMARTSTAY. Sangat berguna ketika sedang membaca. Mesti bengang kalau tengah syok membaca, tiba2 screen padam! Pastu terkial2 nk mencari button. Hadoi..

Apa yang menarik dengan features ni, ia akan gunakan camera depan dan detect mata kita. Dalam masa selang beberapa saat, ia akan 'tengok' mata kita. Kalau mata kita celik, screen tidak akan padam. Dan kalau kita pejam atau dia tak 'nampak' mata kita, automatik screen padam. Dan sudah tentulah phone kita kena ada camera depan.

Jadi kat PlayStore dah ada developer buat app ni untuk phone lain. Ade beberapa app yang sama. Cuma bezanya setting kat app tu.Ada yang kita boleh set setiap berapa saat kita nak dia scan mata, ada yang kita boleh pilih kat app apa yang kita nak dia running macam kat browser atau flipboard.
Ada yang free dan berbayar.Macam biasa,yang free kita tak ada option untuk set masa dan lain2. Tapi yang free pun dah cukup berguna.
Dua apps ini antara yang popular dan terawal.



Thursday, November 22, 2012

iOS : FREE Apps / Games Harini!

Games FREE harini kat iOS memang best!





NFL Kicker  - walaupun game yang serupa macam ni ade byk kat AppStore, tapi gameplay / ciri2 kat dalam game ni menarik daripada games lain.Game ni ada complete official team NFL. Grafik game ni memang bagus dan berkualiti. Dan boleh upgrade stadium dan uniform player.


Galaxy on Fire 2 - rugi kalau tak cuba game ni! Gameplay / storyline menarik. Explore galaxy dan pilih mission untuk berperang dengan jet alien kat angkasa.Memang adventure!

Apps & Games FREE lain
- Flick Soccer -
- Dune Rider
- Medal of Gunner
- Dragon Slayer
- BattleLand : Warrior vs Monster
- Amazing Runner

Semalam ade Asphalt 7:Heat,Tiny Trooper dan beberapa games best yang masih lagi free kat AppStore. So cepat download sebelum promo tu habis! Bukan selalu dapat game2 yang best macam tu!

Android : Rom Terbaek untuk GALAXY NEXUS!


Google dah pun release kan AOSP untuk Android 4.2..Dan custom rom sudah mula mengisi ruang development di XDA Developer forum.

Untuk Galaxy Nexus, ada beberapa custom rom dah cukup stabil untuk digunakan.Cuma beberapa perbezaan features dan customization yang ada dalam setiap rom.Dan belum ada lagi custom rom daripada geng2 developer yang famous dengan features gempak2 macam AOKP (Android Open Kang Project), MIUI, atau PARANOIDANDROID..

Walaubagamanapun, salah satu custom rom yang ada sekarang dah cukup memuaskan..

Simple FNV AOSP 4.2 (JOP40C)



 

Features
- Reboot Menu & Expand Desktop
- T9 Dialer in Contacts
- Minimal Customization like :
- Clock style (right,center,hidden)
- Colours Everywhere
- Navigationbar Customization
- CM Volume Panel
- Rotation Lock in Quick Setting
- Skinny-bar Battery
- ZOMGLULZ

Jadi tunggu apa lagi? Teruskan ke page rom ini di XDA Developer Forum.

Wednesday, November 21, 2012

NOKIA mengeluarkan free App Map di APPSTORE!

NOKIA telah mengumumkan app map/navigation di Apple AppStore! Ianya dinamakan HERE MAPS, dan boleh di pakai di iPhone / iPod Touch & iPad..Features yang dinantikan semestinya turn-by-turn navigation.Cuma aku tak pasti adakah disertakan dengan suara / pemandu arah..?
Puas dah aku try kat iPad dan tak ada! Mungkin takde lagi kat Malaysia? Atau aku yang tak jumpa? haha..Tu aku tak tau..Kat bawah ni screenshot HERE MAPS.







Antara features yang bagus adalah seperti boleh download pre-cache maps (safe a map area).Best jugak sebab kalau tak ada internet pun bole pakai. Lain2 option seperti boleh pilih Map View, Satellite View, Public Transport View, dan Live Traffic View.
Public Transport View - memudahkan especially orang luar atau pelancong nak tengok lokasi bustop/ LRT / keretapi.
Live Traffic View - memudahkan pemandu tengok jalan2 yang jem
Ada jugak option kat tab Live Traffic untuk tengok insiden atau kemalangan yang menyebabkan jalan jem..
Di negara terpilih, ada option untuk user create sendiri community maps.
Dan paling penting zaman sekarang ni mestilah ada social integration.Iaitu bole share location (macam check-in) ke Facebook,Twitter,Email & SMS.

Contoh Map View dan Satellite View 

Mungkin map ni masih baru dan tak la sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan map2 lain yang dah ada kat AppStore.Tapi apa salahnya try dulu..dan yang penting ianya PERCUMA!!

HERE MAPS (IOS : FREE)

IOS : APPS & GAMES FREE HARI NI!!!

Semua orang suke benda FREE!Kepada yang tak tau,setiap hari akan ada apps & games yang percuma di APPSTORE..Kepada pemilik iPhone,iPod Touch & iPad, ni list apps yg percuma di APPLE APPSTORE hari ni..Hari ni je!So jangan nk tunggu2..download je terus!

- iSupr8 - Video recorder + effect
- Drawing With Carl - Game melukis untuk kanak2

*khas untuk ipad sahaja


Tuesday, November 20, 2012

Android : App Terbaek Hari Ini!

APOLLO - Music Player


Apollo player ini sebenarnya sudah lama wujud dan sangat popular tetapi hanya di dalam Rom CyanogenMod 10 (pengguna custom rom dah tentu tahu mengenainya). Jadi baru2 ini app ini di bawa ke Google Play Store setelah sekian lama berada dalam BETA version (peringkat percubaan).

Mempunyai 2 version - Apollo (free) & Apollo+ ($0.99).Macam biasa, app yang free akan ada iklan (ads) di dalam app, dan app yang berbayar (tanpa ads/adfree), dan akan mendapat keutamaan jika ada update atau features2 baru..

Developer app ini juga menjanjikan features2 baru seperti :- bole ubahsuai (customizable) widget dan statusbar/notification, Info konsert, support untuk Tablet Mode (mungkin perubahan rekabentuk khas untuk tablet), dan DayDream (features terbaru screen saver di Android 4.2).

Apa yang best kat Apollo music player ni adalah ianya bole di themed / customized (tukar warna) , ada equalizer dan dia bole display kan lirik lagu..Dan yg paling menarik, player ni boleh cari lirik lagu secara automatik (online). **Kita cuma kena pilih menu > fetch lyrics..So dah tak payah nak susah2 meng'google' lirik.Mungkin tak semua lagu bole dicari tapi aku rasa lagu2 yang famous2 konfem ada..Misfits, NOFX, Defiance pun ada! haha memang gempak la player ni! Kalah MIUI music player (mempunyai feature lirik yg sama..malah dia yang start dulu!) - pun best jugak

Screenshot APOLLO Music Player

List lagu / albums dengan Theme Merah (Red Theme)             **Lirik lagu (online fetch)


                                                                       - theme yang bole di download di PlayStore
         


Korang bole dapatkan APOLLO Music Player ini di sini.


APOLLO  (FREE)

APOLLO+ ($0.99)





Android 4.2 - Sangat Bermasalah?


Sejak diperkenalkan, Android 4.2 dianggap sangat baik, pantas & stabil jika dibandingkan dengan Android 3.0 (Honeycomb) yang dikritik dan dianggap kegagalan kecil Google..Walaubagaimanapun, setelah beberapa minggu, pengguna Android 4.2 (berlainan device) mengesan beberapa masalah (bugs) yg dikira sangat penting dan perlu diperbaiki secepat mungkin oleh Google.
Tetapi tidak semua pengguna / device mengalami masalah yang sama.

Antaranya bugs yang dianggap major dan perlu dibaiki.


  • Bluetooth - Bluetooth ke radio / headphone selalu terputus2 dan 3rd party app seperti Sixaxis atau Wii Controller langsung tidak berfungsi.

  • Random Reboots - Reboot dengan sendiri secara tiba2.Dianggap sangat tidak stabil dan dilaporkan   terjadi di Nexus 10. Dan pada device lain,penukaran/respon ketika membuka apps sangat perlahan dan tersangkut2. Jadi masalah sebegini sangat memalukan dan bertentangan dengan apa yg di promosikan Google melalui "PROJECT BUTTER" mereka.

  • Auto Brightness - Mengganggu screen/bekelip secara tiba2.


  • Battery Drain Issue - Battery habis dengan sangat cepat dan charging pula sangat perlahan/lama.


  • Lockscreen Widget / Camera App - Feature terbaru yang diperkenalkan ini sangat berguna. Tetapi, ada juga pengguna yg tidak suka dan rasa semak dengan Lockscreen Widget ni. Jadi feature ini bole di buang / disable kan dengan app ini LOCKSCREEN POLICY - disable Android 4.2 lockscreen widget  


  • Calender - Tiada bulan Disember dalam Calender.Google terlupa?Tak beraya (Krismas) diorg ye hehe..


Android 4.2 dah keluar! Apa yg menarik?


Secara rasminya, Google dah pun release kan update OS terbaru Android 4.2 sempena dgn kemunculan 2 device terbaru - Nexus 4 (phone LG)  & Nexus 10 (tablet Samsung )..Tapi,device Google yg lain (Nexus7 & Galaxy Nexus) pn dah boleh dapatkan OTA (over the air) update..Cuma Google mengumumkan Nexus S  sahaja akan dihentikan update Os nya hanya setakat 4.1.2...So ape yg best/baru dlm Android 4.2? 


SIMPLE, BEAUTIFUL AND BEYOND SMART - GOOGLE



Android 4.2 mengadaptasi dan meningkatkan kepantasan dan kemudahan untuk pengguna ke tahap yg lebih berbeza - Kamera pintar baru ,Keyboard baru yang akan mengubah cara anda menaip dan banyak lagi!!

Video preview ANDROID 4.2 untuk Galaxy Nexus




1. Kamera (Photosphere-feature terbaru yg memang sgt menarik!) 

 

Photosphere membolehkan kita menangkap gambar ke semua arah.Kiri,kanan,atas,bawah..huh..Kalau korang penah pakai Streetview. ianya agak sama dan mungkin Google sengaja implement kan teknologi Streeview diorang..
Gempak tu!hehe..  
Contoh gambar diambil dengan Photosphere  

2. Keyboard (swipe gesture)

Feature ni memang dah ade kt SWYPE keyboard..Tapi hanya pada phone Samsung..Untuk bahasa inggeris, ianya memang sangat mudah digunakan.Sambil pejam mata pun bole menaip haha..Tapi kalau nak menaip dalam B.Melayu, memang menyumpah2 la korg pakai.Memang tak bole..!So jngan la salah kan keyboard ni haha.TAPI..ade cara nya..cuma kena rajin je sikit.Kalau nak tau, nanti kita cite pasal keyboard hehe
Skrg sambung blk pasal ni..

3. User Login 

Feature ni pulak sama macam kt PC (cth: Windows).Bole create user.Tapi kt tablet sahaja (Nexus10)..Dan tak lama lagi akan ade la feature ni kt tab lain macam Samsung,Asus,Acer dll..Berguna kalo tablet ni orang lain nak share pakai..So info kita (contact,sms,emel,gambar terlampau haha) orang lain tak bole nk baca..Kita bole create 1 user guest, dan lantak la dia nak buat apa kt tablet tu.Data2 kita tidak akan diganggu sebab folder user lain akan diasing kan.Yeah!

4. Wireless Display 

Android 4.2 memboleh kan kita mempamer kan skin handphone/tablet tanpa wayar terus ke HDTV.Contohnya macam Youtube,movie atau gambar.Tapi korang perlukan 'wireless display adapter' di pasang di HDTV untuk Wireless Display ni berfungsi.

5. Daydream - Feature menarik ini sebagai screen saver (seperti di PC) memboleh kan anda memilih untuk mempamerkan jam,gambar atau hanya cahaya warna-warni ketika telefon sedang charge atau di 'dock'.